Logo Halal Yang Tidak Sah
(DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT SWASTA)
Teruskan Pembacaan...
LOGO HALAL YANG LAMA - JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN...
TANDA HALAL SENDIRI PUNYA :
Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis - premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.
Assalamualaikum..semua Muslimin dan Muslimat sekalian.. saya akan kongsi bagaimana hendak mengenali logo halal Malaysia TULEN yang dikeluarkan JAKIM. Boleh copy dan share untuk simpanan anda semua. Sampaikan pada mereka yang tidak tahu/belum mengenali logo ini. Sebarang warna logo ini mengikut kesesuaian pembungkusan sesuatu produk itu.
Logo Halal Malaysia bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi :
Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
Perkataan Arab – “حلآل” di tengah binta
Diikuti tulisan rumi “HALAL”; (fontnya tidak besar, font ini centre/tengah-tengah)
Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.Penggunaan Logo, Nombor Standard Dan Nombor Rujukan Pada Pembungkusan Produk
Dimaklumkan bagi melaksanakan arahan penggunaan logo ini, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk oleh pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM telah mengambil beberapa langkah berikut:
Mengemaskini rekod nombor rujukan syarikat/kilang.
Nombor tersebut adalah nombor kekal yang tidak akan berubah walaupun syarikat/kilang mengemukakan permohonan yang berbeza.
Nombor tersebut dijana secara automatik dan telah digunakan oleh syarikat/kilang
Nombor yang bergaris ialah nombor rujukan yang perlu dipaparkan pada pembungkusan produk.
JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006
Syarikat/kilang yang menghadapi masalah untuk melaksanakan arahan tersebut boleh mengemukakan permohonan lanjutan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM.
Makanan yang halal, suci dan bersih merupakan syariat Islam